Showing posts with label bancjir. Show all posts
Showing posts with label bancjir. Show all posts

Sunday, November 10, 2024

Elek Risiko Bencana Alam Lebih Buruh, Percepat Agenda Transisi Tenaga

Mutakhir ini negara menyaksikan banyak kejadian fenomena bencana alam seperti banjir disebabkan kadar hujan tinggi dan lebat, khususnya di ibu negara. Kejadian ini secara langsung dikaitkan dengan faktor perubahan iklim dan pemanasan global.

Musibah daripada fenomena bencana alam ini tentunya memberi kesan besar kepada kualiti hidup masyarakat serta kelangsungan terhadap ekonomi negara. Kerosakan dan kemusnahan harta benda antara implikasi buruk ditanggung mereka terjejas, selain sesetengah insiden meragut nyawa manusia. 

Selain kadar taburan hujan tinggi mengakibatkan banjir kerap berlaku, cuaca panas ekstrem melanda beberapa negeri dan kawasan di Malaysia seperti direkod pada awal tahun ini, turut mendedahkan masyarakat kepada risiko serangan strok haba. 

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laporannya sebelum ini merekodkan sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba pada April lalu iaitu sepanjang tempoh cuaca panas melanda negara tahun ini.

Jumlah itu membabitkan 33 kes berkaitan kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba. Dua kes kematian akibat strok haba turut dilaporkan.

Dalam konteks global, pada September lalu, media antarabangsa melaporkan, hasil penyelidikan terbaharu saintis Britain dan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pemanasan global semakin sukar dikawal. Ini didorong petunjuk pencairan semakin cepat pada Glasier Thwaites di Antartika.

Going to prison is quite enlightening - Along Cham

Actor and comedian, Along Cham, 42, described his experience in detention at Sungai Buloh Prison, early last month, as a moment of enlighten...