Thursday, November 28, 2024

Mbappe Perlukan Masa dan Kasih Sayang - Ancelotti

Contentiindex -  Penyerang Kylian Mbappe mengharungi satu lagi persembahan buruk buat Real Madrid awal pagi tadi, gagal mencetus masalah buat benteng pertahanan Liverpool dan terlepas penalti ketika mereka tumpas 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara di Anfield.

Bintang Perancis itu bermula sukar dalam kehidupannya di Real selepas berpindah dari Paris Saint-Germain pada Jun lalu, dengan hanya satu gol dalam lima aksi Liga Juara-Juara bersama kelab Sepanyol itu.

Pemenang Piala Dunia itu meledak hanya satu gol dalam enam aksi terakhir bagi semua pertandingan namun pengurus Carlo Ancelotti mempertahankannya selepas perlawanan awal pagi tadi sebagai pemain "luar biasa" yang hanya memerlukan sokongan dan kesabaran untuk menyinar di Sepanyol.

"Ia satu detik sukar buatnya, kami perlu menyokongnya dan memberikannya kasih sayang, tidak lama lagi dia akan kembali ke tahap terbaiknya," kata Ancelotti.

Ia mungkin disebabkan kekurangan keyakinan. Kadang-kadang anda mempunyai detik yang mana semuanya tidak menjadi buat anda. Tetapi anda akan melalui detik ini. Pemain lain juga terlepas penalti, ia banyak kali berlaku. Anda tidak boleh terlalu berduka kerananya.

Dia bekerja keras, dia perlu terus bekerja keras dan berjuang. Anda perlu mengharungi detik ini. Semuanya tidak begitu bagus buatnya ketika ini. Kami perlu bersabar. Dia seorang pemain istimewa."

Ancelotti berkata Liverpool berhak memenangi perlawanan itu.

Baca Juga : Poay Tiong dilantik Pengerusi DAP Melaka

"Saya fikir untuk bersikap jujur dengan anda, ia satu keputusan yang adil," katanya. "Mereka benar-benar mempunyai dinamik yang bagus ketika ini, mereka bergerak lancar, mereka bermain dengan intensiti tinggi."

Sekalipun Real di tangga ke-24 dalam liga 36 pasukan dan berada dalam bahaya terlepas aksi peringkat kalah mati, beliau yakin persembahan mereka akan meningkat kembali tepat pada masanya.

"Saya fikir perlawanan hari ini bukannya perlawanan penentu," katanya. "Kami akan berada di sana, kami akan bertanding pada peringkat kalah mati, seperti tahun-tahun sebelum ini." – REUTERS

Monday, November 25, 2024

Poay Tiong dilantik Pengerusi DAP Melaka

Contentiindex - Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dilantik sebagai Pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2024-2027.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin pula dilantik sebagai Setiausaha DAP negeri bagi penggal sama.

Shoo Chin berkata pelantikan itu dibuat selepas 15 ahli jawatankuasa peringkat negeri yang menang tanpa bertanding bermesyuarat petang tadi bagi memutuskan jawatan yang bakal disandang masing-masing.

"Bekas ADUN Gadek, G Saminathan kekal sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri manakala ADUN Banda Hilir Leng Chau Yen dan S Chandru pula masing-masing memegang jawatan Naib Pengerusi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebelum ini dilapor berkata DAP Melaka mengekalkan pelaksanaan pemilihan pucuk pimpinan parti itu tanpa pertandingan buat kali kedua berturut-turut sejak 2021.

Baca Juga : Elek Risiko Bencana Alam Lebih Buruh, Percepat Agenda Transisi Tenaga

Katanya, ia hasil konsensus ahli parti itu yang bersetuju mencalonkan 15 nama bagi menganggotai senarai ahli jawatankuasa peringkat negeri itu tanpa sebarang pertandingan

Sunday, November 10, 2024

Elek Risiko Bencana Alam Lebih Buruh, Percepat Agenda Transisi Tenaga

Mutakhir ini negara menyaksikan banyak kejadian fenomena bencana alam seperti banjir disebabkan kadar hujan tinggi dan lebat, khususnya di ibu negara. Kejadian ini secara langsung dikaitkan dengan faktor perubahan iklim dan pemanasan global.

Musibah daripada fenomena bencana alam ini tentunya memberi kesan besar kepada kualiti hidup masyarakat serta kelangsungan terhadap ekonomi negara. Kerosakan dan kemusnahan harta benda antara implikasi buruk ditanggung mereka terjejas, selain sesetengah insiden meragut nyawa manusia. 

Selain kadar taburan hujan tinggi mengakibatkan banjir kerap berlaku, cuaca panas ekstrem melanda beberapa negeri dan kawasan di Malaysia seperti direkod pada awal tahun ini, turut mendedahkan masyarakat kepada risiko serangan strok haba. 

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laporannya sebelum ini merekodkan sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba pada April lalu iaitu sepanjang tempoh cuaca panas melanda negara tahun ini.

Jumlah itu membabitkan 33 kes berkaitan kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba. Dua kes kematian akibat strok haba turut dilaporkan.

Dalam konteks global, pada September lalu, media antarabangsa melaporkan, hasil penyelidikan terbaharu saintis Britain dan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pemanasan global semakin sukar dikawal. Ini didorong petunjuk pencairan semakin cepat pada Glasier Thwaites di Antartika.

Malaysia Ada Strategi Mampan Hadapi Perubahan Ekonomi Donald Trump

Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 mencetuskan perbincangan mengenai impak dasar ekonominya terhadap ekonomi negara lain, termasuk Malaysia.

Dengan pendekatan America First menumpukan kepentingan domestik, pentadbiran Trump dijangka mengubah landskap perdagangan antarabangsa, mempengaruhi aliran pelaburan dan hubungan geopolitik.

Bagi Malaysia, kesan ini bukan sahaja cabaran, bahkan peluang untuk meneroka potensi baharu dalam sektor ekonomi utama seperti perdagangan, pelaburan asing dan komoditi.

Trump dijangka meneruskan dasar perlindungan ekonomi berusaha melindungi pekerjaan domestik AS dan meningkatkan pengeluaran dalam negara. Cadangannya, termasuk tarif import 10 peratus ke atas semua barangan import ke AS, bagi mengurangkan kebergantungan terhadap produk luar dan memacu pengeluaran domestik.


Going to prison is quite enlightening - Along Cham

Actor and comedian, Along Cham, 42, described his experience in detention at Sungai Buloh Prison, early last month, as a moment of enlighten...